Sebelum
Rasulullah SAW dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan lebih awal
di dalam Kitab Taurat dan Injil. Dikenali dengan nama Ahmad, dan bukannya
Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung itu telah dihafal dan
dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat
Rasulullah SAW itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang
ternanti-nanti kelahiran tersebut dan mengharap Nabi tersebut adalah dari
kalangan mereka.
Ketika
telah terjadi kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui
tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil. Ketika tiba
seruan Islam dari Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi penentang karana iri
hati dan dengki, bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan
Nasrani tidak berhenti memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji
rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan untuk melumpuhkan ajaran Islam.
Mereka
sentiasa berusaha agar umat Islam leka dengan rahsia keagungan Islam yang telah
dibina oleh Rasulullah SAW. Mereka lupakan umat Islam dari iman dan taqwa.
Mereka menanamkan sikap cinta akan dunia yang membawa umat Islam menjadi lemah.
Firman Allah:
“Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya pertunjuk Allah (Agama Islam) itulah
pertunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun)
yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah: 120)”
Ketika
Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh puakKristian dari tangan umat Islam,
pelbagai strategi diatur dengan begitu rapi.
Pemimpin
mereka berpesan, “Jika kamu melihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau
merah kerana kurang tidur-beribadah malam), waktu itu seranglah mereka. Sedangkan
jika kamu lihat mereka sembahyang malam, kamu tidak akan dapat mengalahkan
mereka.” Kini abad baru telah tiba.